Khamis, 20 Oktober 2011

Biri-biri lahirkan anak mirip anjing

TEMPO Interaktif, Shaanxi - Seorang petani di China mengatakan kambing biri-birinya melahirkan seekor anjing. ‘Anak anjing’ itu berbulu seperti biri-biri tapi mulutnya, hidung, mata dan ekornya mirip anjing.
Pemilik haiwan ini, Liu Naiying, warga Fugu, Shaanxi, China juga mengatakan anjingnya ini bermain seperti anak anjing. Liu terkejut  ketika melihat anak biri-biri yang yang mirip anjing ini.

“Ketika itu aku sedang berjalan tiba-tiba aku melihat salah seekor biri-biri sedang menjilati anaknya yang baru lahir,” kata Liu. “Begitu aku melihat, aku begitu terkejut, bayinya itu amat aneh, perkahwinan biri-biri dan anjing.”

Liu yang telah 20 tahun memelihara biri-biri belum pernah melihat kejadian seperti ini. Anjing biri-biri ini pun jadi perhatian masyarakat di Shaanxi. Banyak orang yang datang untuk melihatnya.
Peneliti haiwan, Yue Guozhang mengatakan tidak mungkin seekor biri-biri boleh melahirkan anak anjing. “Mereka spesies yang berbeza,” kata dia. “Ini hanya kejadian yang tidak normal.”

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design By Nur Cahaya | Copyright-2011 | Protected